Monday, 18 March 2013

argghhhhh! why??

last semester >> semester 6 !

yupp, memanglaa best, sebab tidak lama lagi pengakhiran dalam dunia belajar ni..
dalam hati memang tidak sabar sebab tidak lama lagi akan memegang segulung ijazah setelah bekerja keras selama 3 tahun!

tapi,
projek akhir iaitu "thesis", sememangnyaa membuatkan bermacam perasaan ada..
STRESS! SEDIH! MARAH! TEKANAN! MENANGIS! PENING! MIGRAIN!

hmm, berdepan dengan supervisor yang agak mencabar lagi adalah satu cabaran besar..
bukan apa, tapi saya tidak boleh berkerja dalam keadaan stress, kelam kabut, keadaan yang selalu ingin cepat..
dalam proses pembuatan thesis tuh laa, bermacam hal yang saya alami, dimarah, ditegur. tapi dalam masa yang sama, kata kata semangat tuh ada laa juga ..

berhadapan dengan ketakutan, sebab kadang kala kerja yang dibuat di"reject" setelah di"approved".. 
tetiba saya blurrr sebab bila dah proceed ditolak pulak. ;(

apapun, saya kena berusaha dan buat, walaupun akan dimarah lagi selepas ni, saya akan teruskan!
ibubapa bagi saya semangat, "jangan takut untuk berhadapan dengan semua tuh, yang pasti berdoa agar ada kebaikan yang datang"..
agar semua siap dan anak mereka ini akan berjaya tamatkan pengajian "bachelor business administration in technology management" ..

#thanx to God, to my parents, my siblings, my supervisor, my friends that always helping me.. a big appreciation from me to all of you guys~ 

adakah SAYA orang YANG tidak BERGUNA?

Pasti ada orang yang berfikiran macam saya ni kan?

kita akan rasa tidak berguna bila::

i) orang cakap kita memang tidak berguna..

ii) kita sendiri beranggapan kita tidak berguna..

iii) bila kita tidak dapat menyiapkan kerja atau perkara yang kita ingin buat..

iv) bila kita seorang yang gagal, gagal dan selalu gagal!

memang laa , siapa yang tidak sakit hati atau sedih hati kan?
setiap benda ni memang dari kita tapi bila orang menilai kita, kita akan rasa "down" sebab itu anggapan orang terhadap kita di mata mereka..

tapi, ingatlaa.. 
bila kita merasakan seperti tu, kita memerlukan orang yang lebih tua dari kita untuk menasihati kita..
ibubapa laa paling berkesan kalo bagi nasihat..
keluarga, pakar motivasi, kawan kawan, guru, pensyarah dan sebagainya.. 

#post bukan sekadar merepek, tapi kenyataan.. 
dan itu terjadi terhadap diriku. hummmm~

SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI~

banyak yang dah saya lalui sepanjang menyepi dari blog ni..
paham laa, busy mengalahkan presiden tapi kenyataannya saya seorang yang pemalas... >.<

kisah sepanjang menyepi ni, gembira ada, sediih ada, tangisan ada, kesengsaraan ada, hampir kegilaan pun ada.. 
kalo saya seorang yg lemah, selemahnya, dah lama saya lenyap dari muka bumi ni.. 
cuma saya ingat Tuhan, orang cakap, bunuh diri itu lebih teruk dari kita mati disebabkan penyakit..  :(

entah laa, mungkin tak lama lagi kot utk saya menikmati kehidupan di dunia ni.. 
segala macam perkara berlaku tapi saya tetap bertahan , tapi sampai bila?
yang tuh saya tak tahu.. T.T

bak kata orang, "Tuhan tidak akan menguji atau memberi kita cabaran yang DIA tahu kita tak mampu hadapi atau tangani"..